Saturday, March 12, 2011


what thee *

Aku gagal lagi. Misi meneruskan mengapdet belog seminggu sekali tidak menjadi.
*ni setahun sekali punye niat*

Nak setat balik menulis, aku suda kaku. Idea aku sudah lapuk dek zaman. Sunggoh!
Masuk tempat bekeje baru. Terus masuk air. Gelembung. Banyak cerita aku cuma pendamkan saja. Padahal dalam hati banyak bercerita. Alangkah bagusnya kalau terus dihubungkan saja ke belog! *mimpi*

Oke ramai tanya tentang opis baru aku. * baru tak baru pon suda masuk 2 tahun* wakak*
Apa yang boleh aku simpulkan. Satu hari nanti, kalau aku beredar ke 'negeri jajahan' yang laen, rasa sedih yang bergelumang dengan rasa rindu itu pasti datang. Tapi hanya pada kawan-kawan macai macam aku. Aku takkan merindui hal yang laen. :) Kalau sudah diperkotak-katikkan selalu, mahu lagi kau membatukan diri disitu? Senyumku sudah mencapai hadnya. Aku bukan tergolong dengan kumpulan sesumpah.

Titik untuk hal ini. :P

Dan mana-mana yang fikir aku telah berkapel-mapel, maaf anda tersasar dari target. *muahaha*
Apa lagi hendak dikatakan. Aku masih belom menukar status.
Kebahagiaan masih dalam genggaman walaupun berstatus yang sama. Itu adalah sebahagian pilihan kita, bukan? Jadi, pilihlah yang terbaek. Jangan terlalu bersedih. Tugas kita hanya merancang, mencuba sebaeknya, berusaha dan tawakal. Yang selebihnya, Allah yang akan tentukan. *ini bukan percubaan untuk menjadi ustazah wokey wos! :)) *

Selalu-selalu tingkatkan kesabaran walaupun kita ni bukan orang yang beriman sangat-sangat. *kan*


Buat masa ini, kita teruskan saja kehidupan seperti biase, ok?
Bai!



Monday, January 24, 2011

Kita. Melayu.


Ok. Ce citer.
Melayu Malaysia dan Melayu Singapura.

Tun M 'tulis':
Tan Malaka yang namanya amat terkenal di zaman Sukarno mendakwa Melayu Singapura lebih disiplin (daripada Melayu Malaysia). Ini memang benar. Bahkan rakyat Singapura tanpa mengira bangsa juga amat disiplin.

sumber: http://chedet.co.cc/chedetblog/2011/01/kaum-melayu-singapura.html#more

Eh yeke? Cuba kita cuba kupas sikit-sikit.

1. Tengah ralit memandu, member sebelah sempoi je buang sampah eskem yang dimakan tadi. Ewah-ewah. Meh ku tarik sekali sekala rambot hang tu. Piat telinga. Apa kata, simpan dulu sampah tadi tu. Plastik merah masa beli eskem tadi kan ada? Haih. Kang dah jumpa tong sampah, terus je campak dalam tu. Aim tepatepat. Jangan campak sebelah tong plak. Tak betul gak tu kan?

2. Taim memandu, tak reti-reti la nak tingkatkan kesabaran tu kan. Lambat sikit, kena hon. Beriye 'deme' mencucuk punggung kereta member. Padahal terang lagi bersuluh [sebab siang.] ,member depan tu tepek stiker "P". Yang takde stiker "P" plak, member tu berhati-hati. Hok oghe melayu berbudi bahaso ghoyak, kayuh-kayuh pelan kelak memang lambat sampai. Ni bila dah mencucuk kereta depan tadi, bersusah payah pulak memotong dabel line. Hoh, sudah-sudah la tu. Dok beratur diam-diam. Belajar bersabar!

3. Tak dan tunggu contoh taim memandu pun. Ni taim beratur nak beli tiket komuter. Taim beratur naik bas. Hadeh. Macam nak bertempur kat Vietnam.

4. Sainbod "Dilarang Merokok" tu pun kena tukar. "Penatdahmelarangmerokokmerokokjugak". Sama dengan la tu dengan sainbod dilarang@jangan@tidak yang lain-lain. Tak berhasil juga kan?Haip disiplin-disiplin!


Cukup dah ni 4 isi. Terai je kupas. Aku tak reti nak kupas pasal politik Melayu ni.
Pasal Melayu Singapura pulak. Hmm kena pegi sana sendiri dulu baru boleh komen lebih-lebih. Tapi aku tetap rasa Melayu Malaysia lagi hebat dari Melayu sana. Sekurang-kurangnya kita-tak-campak sampah bersepah-sepah ditempat orang. Tempat sendiri je [harus diubah jugak]. Masih mampu laungkan azan dengan tiada had tertentu dan masyarakat Melayu disini masih ramai yang sedar diri mereka adalah orang Melayu. :)

Yeah. Melayu Malaysia Boleh!

tada!



tadaaa!